Page 3 - BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL GURU SMK SENTUL UTAMA 2019
P. 3

BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL GURU    2019
















               TINTA PENGETUA

               Assalamu’alaikum dan salam Sentul Utama semat di hati.

               Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, saya diberi kesempatan untuk
               memberi sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan Profesional Guru 2019 ini. Terlebih dahulu, setinggi-tinggi
               penghargaan dan ucapan tahniah saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Profesional Guru 2019
               yang telah bertungkus lumus merancang, menyusun dan menyiapkan buku pengurusan ini dengan jayanya.

                       Buku pengurusan ini adalah satu dokumentasi penting sebagai rujukan dan panduan para pentadbir,
               guru-guru dan staf sokongan sekolah untuk melaksanakan tugas dengan lebih terperinci, berkesan dan sebagai
               landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Selamat kembali ke sesi persekolahan
               tahun 2019. Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga SMK Sentul Utama kerana telah berhempas pulas
               melaksanakan tugasan yang diamanahkan sepanjang sesi persekolahan 2018 yang lalu. Walaupun kenangan dan
               bebanan tahun 2018 masih terasa, namun saya berharap segala pengalaman dan kekangan tersebut dapat
               menjadi kekuatan dan inspirasi bagi warga sekolah untuk memastikan aspirasi keberhasilan pelajar bagi tahun
               2019 akan menyerlah. Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
               sekolah, selaras dengan anjakan ke-9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

                        Selain  itu,  pelaksanaan  ciri-ciri  Pengajaran  dan  Pembelajaran  Abad  ke-21  masih  perlu  diterapkan
               dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru-guru bagi menghasilkan pengajaran yang menarik dan
               berkesan,  justeru  saya  berharap  penggunaan  Frog  VLE  dapat  diteruskan  seperti  tahun  sebelumnya  seiring
               dengan kemenangan sekolah dalam Pertandingan Projek ‘MyCommunity’ yang membawa kemenangan hadiah
               berupa makmal Frog VLE bernilai RM 100 000. Semoga dengan terbinanya Bilik Frog VLE nanti, pembelajaran
               dalam aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat diperluaskan sejajar dengan PPPM 2013-2025
               supaya memanfaatkannya bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
                        Sebagai  ketua  organisasi  sekolah,  saya  berharap  agar  semua  warga  sekolah  dapat  bersatu  hati
               menggembleng tenaga dalam melaksanakan semua aktiviti dan program yang telah dirancang dengan jayanya.
               Saya  yakin  dan  percaya  bahawa  kita  semua  mempunyai  peranan  masing-masing  dalam  melahirkan  pelajar
               cemerlang  yang  seimbang  dari  segi  jasmani,  emosi,  rohani,  intelek  dan  sosial.  Akhir  kata,  semoga  sesi
               persekolahan  pada  tahun  ini  akan  seiring  dengan  iltizam  dan  tekad  kita  bagi  meningkatkan  kualiti  dan
               profesionalisme  diri  yang  menuntut  anjakan  paradigama  bagi  menjamin  kecemerlangan  dan  kejayaan  SMK
               Sentul  Utama  dalam  semua  bidang,  tidak  kira  akademik,  kokurikulum,  sahsiah,  dan  juga  disiplin.  Selamat
               menjalankan tugas buat semua warga SMK Sentul Utama.

               Sekian.


               “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


               Saya yang menurut perintah,



               (NORSIAH BINTI YAHYA)
               Pengetua
               SMK Sentul Utama




                      2   SEK. MEN. KEB. SENTUL UTAMA
   1   2   3   4   5   6   7   8