Page 7 - BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL GURU SMK SENTUL UTAMA 2019
P. 7

BUKU PENGURUSAN PROFESIONAL GURU    2019



                 Akan memastikan setiap pelajar dapat mengalami proses pembelajaran dengan berkesan.
                 Sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar mempunyai sahsiah dan akhlak yang
                  mulia dan
                 Akan mewujudkan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan warga sekolah dan
                  masyarakat setempat



                  SEJARAH SEKOLAH



                       Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Sentul  Utama  ditubuhkan  di  Wilayah  Persekutuan
                  Kuala  Lumpur  dan  dibuka  secara  rasminya  pada  Januari  2010.    Sekolah  ini merupakan
                  sekolah  bilangan  ke  99  di  seluruh  Kuala  Lumpur.  Pengetua  pertama    yang
                  bertanggungjawab mentadbir sekolah ini ialah Puan Hajah Maznah binti Hj. Mazlan. Pada
                  peringkat awalnya beliau ditukarkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah ke
                  sekolah ini sebagai “care taker” sebelum memimpin sepenuhnya sebagai Pengetua mulai
                  Januari 2010..
                       Sekolah ini terletak di sisi Jalan Ipoh Kuala Lumpur, bersebelahan pula dengan Pejabat
                  Pelajaran  Wilayah  Sentul.  Sekolah  ini  didaftarkan  dengan  pendaftaran  WEA0253.
                  Kelompok  pertama  murid  yang  mendaftar  di  sekolah  ini  pada  tahun  2010  melibatkan
                  pengambilan pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Jumlah pelajar pada tahun tersebut

                  seramai 349 orang iaitu 230 orang pelajar lelaki dan 119 pelajar perempuan. Sekolah ini
                  juga  mempunyai  aliran  pendidikan  khas  yang  menempatkan  pelajar  masalah
                  pembelajaran. Pendaftaran pelajar pendidikan khas pada tahun 2010 hanyalah seramai
                  dua orang sahaja.
                       Bilangan guru yang ditempatkan di sekolah  ini hanya 35 orang  dan Anggota Kumpulan
                  Pelaksana  (AKP)  yang  mula-mula  bertugas  di  sekolah  ini  ialah  seramai  tiga  orang  iaitu
                  seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Makmal dan seorang Pembantu Am Pejabat.
                  Pada  tahun  2010,    tingkatan  satu  menempatkan  enam  kelas,  manakala  tingkatan  dua

                  hanya dua kelas dan tingkatan empat tiga kelas sahaja.  Pada tahun 2011 pelajar sulung
                  sekolah ini menduduki peperiksaan PMR dan SPM.  Pada tahun tersebut calon PMR adalah
                  seramai 53 orang dan calon SPM pula seramai 62 orang.

                  Lokasi Sekolah
                       Sekolah ini terletak di Batu Tiga Setengah, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Lokasinya hanya
                  kira-kira dua batu setengah dari bandaraya Kuala Lumpur.  Oleh sebab kedudukannya di
                  tepi jalan utama iaitu Jalan Ipoh, maka murid dan guru di  sekolah ini sentiasa  terdedah
                  dengan masalah kesesakan  lalu lintas.  Pada tahun 2014, nama jalan telah ditukar kepada
                  Jalan Sultan Azlan Shah.
                       Berdasarkan persempadanan politik pula, sekolah ini terletak di kawasan Parlimen

                  Batu (P115), Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kedudukan sekolah ini dikira beruntung
                  kerana bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul yang terletak di SK Sentul
                  Utama.  Berjiran  dengan  PPW  Sentul  ini  memberi  kelebihan  kepada  sekolah  untuk
                  mendapat bimbingan dan bantuan yang diperlukan.


                      6   SEK. MEN. KEB. SENTUL UTAMA
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12