Page 112 - buku pengurusan 2018
P. 112
PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)
1.0 Pengenalan
BJKM merupakan dokumen rasmi yang penting dan sah dari segi perundangan
93
dan kewangan. Ia juga digunakan bagi merekod kedatangan murid setiap hari
persekolahan dan sebagai rujukan maklumat murid.
1.1 Objektif
a. Memberi pendedahan tentang cara mengurus dan mengendalikan Buku
Jadual Kedatangan Murid
b. Menyelaras cara mengendalikan maklumat dalam BJKM
1.2 Peraturan Pengurusan BJKM
a. BJKM perlu disimpan di tempat selamat
b. Di bawah jagaan guru tingkatan
c. Ianya hanya boleh dibalut dengan pembalut lutsinar.
d. Murid tidak boleh mengambil, mencatat dan mengembalikan BJKM ke
pejabat.
e. Penggunaan sebarang jenis pemadam tidak dibenarkan. Jika berlaku
kesilapan, sila batalkan dan tandatangan ringkas.
f. Butir-butir di dalam BJKM hendaklah ditulis terus dan tidak boleh disalin dari
kertas lain atau seumpamanya dengan alasan supaya bersih atau
sebagainya.
g. Sekiranya berlaku kehilangan, guru kelas hendaklah membuat laporan
kepada pihak pengurusan sekolah untuk dibuat laporan polis.
h. BJKM hendaklah diambil pada permulaan hari persekolahan dan
dikembalikan ke pejabat selewat-lewatnya waktu kedua berakhir.
i. Buku tersebut tidak boleh disimpan di atas meja guru atau dibawa balik
ke rumah dan mesti sentiasa berada di pejabat sekolah.
j. Semua ruangan pada setiap muka surat mestilah diisi dengan cermat dan
betul.
BUKU PENGURUSAN SMKSM 2018

