Page 114 - buku pengurusan 2018
P. 114
Contohnya :
PN HASNAH BT ABU (JANUARI-MAC)
EN LIM SENG KUAN (APRIL- )
95
2.2 Jadual Kedatangan Harian
a. Nombor pendaftaran murid
i. Ditulis pada setiap bulan lengkap. Contoh: 1111/07
ii. Nombor Pendaftaran Murid Rayuan Bersekolah Semula dari sekolah
yang sama perlulah menggunakan nombor pendaftaran asal.
b. Nama penuh
i. Mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan dan ditulis dengan
HURUF BESAR mengikut abjad bagi setiap bulan.
ii. Jika ada murid yang baru mendaftar atau murid rayuan bersekolah
semula tuliskan nama murid tersebut di bahagian bawah nama murid
yang sedia ada dan kekal hingga ke hujung tahun.
iii. Nama murid yang berpindah, berhenti atau dibuang sekolah perlu
dikekalkan dalam BJKM pada ruang asalnya sehingga hujung tahun.
c. Jantina : Tuliskan ‘L’ atau ‘P’ bagi setiap murid
d. Cara menanda kehadiran
i. Tandakan ‘/’ sekiranya murid hadir.
ii. Tandakan ‘O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab
iii. Tandakan ‘S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab. (surat
pengesahan daripada bu bapa/penjaga atau sijil sakit).
iv. Tandakan ‘L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat dan murid ini
dikira hadir.
v. Tandakan ‘W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dan
dikira hadir.
vi. Tandakan ‘G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung
persekolahan dan dikira tidak hadir.
e. Jika seseorang murid meninggalkan kelasnya sebelum cukup dua jam dia
berada di dalam kelas itu maka kedatangannya hendaklah tandakan
sebagai murid yang tidak hadir.
f. Hari cuti kelepasan hendaklah ditandakan di ruangan berkenaan.
BUKU PENGURUSAN SMKSM 2018

