Page 168 - buku pengurusan 2018
P. 168
NAMA DAN ALAMAT
Nama Persatuan : Persatuan Badan Beruniform / Kelab / Persatuan / Sukan &
Permainan
148 Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia
Jalan Budiman 19, Taman Mulia
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur
MATLAMAT
a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti
badan beruniform.
OBJEKTIF
a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam dengan lebih terpimpin
dalam menimba Ilmu berpesatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan
disiplin diri.
b) Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam
aktiviti yang diceburi terutamanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
KEAHLIAN
a) Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
GURU PENASIHAT
a) Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru sebagai Penasihat.
BUKU PENGURUSAN SMKSM 2018

