Page 173 - buku pengurusan 2018
P. 173
LARANGAN
Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan sekolah
dan hukum syarak.
153
PINDAAN PERLEMBAGAAN
a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau Pentadbir sekolah secara bertulis.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
PEMBUBARAN PERSATUAN
a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
b) Segala hutang wajib dijelaskan.
c) Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERUBAHAN
a) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua tentang
peubahan dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan.
b) Laporan itu hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan.
c) Pengetua berhak menerima atau menolak perubahan tersebut.
HAL-HAL LAIN
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab dan peranan diri sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
BUKU PENGURUSAN SMKSM 2018

