Page 14 - BUKU PROGRAM MAT PIBG SMK DENGKIL 20222
P. 14
Agenda mesyuarat
Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua
1.1 Encik Kamalluddin bin Razak, selaku Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ibu,
bapa, penjaga, guru-guru dan ucapan terima kasih serta syabas kepada semua yang hadir ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 41 tahun 2021.
1.2 Pengerusi memaklumkan kehadiran ini menunjukkan komitmen dan sokongan ibu bapa dan penjaga
kepada pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan prestasi sekolah walaupun mesyuarat
diadakan julung-julung kalinya secara dalam talian.
1.3 Pengerusi menyatakan hasrat agar ibu bapa penjaga dapat meneruskan kerjasama yang telah terbina
supaya semua aktiviti persatuan dapat berjalan lancar dan proses pembelajaran murid-murid tidak ter-
jejas .
Tindakan : Makluman
Agenda 2 : Ucapan Pengetua
2.1 Pn Salina binti Kamsari, selaku Pengetua mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada ibu bapa,
penjaga dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 tahun 2021.
2.2 Pengetua amat berbesar hati di atas kehadiran ibu bapa dan penjaga yang amat menggalakkan pada
Mesyuarat Agung PIBG kali ini walaupun diadakan secara dalam talian dan ini menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam mencapai misi dan visi sekolah.
2.3 Pengetua memohon semua ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama memantau pembelajaran anak-
anak secara PdPR agar masalah disiplin seperti ponteng kelas dapat diambil perhatian serius dan diben-
dung.
2.4 Pengetua mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa
penjaga selama ini dan mengharapkan agar ia terus dikekalkan.
Tindakan : Makluman
Agenda 3: Membentang dan Mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Dengkil kali ke 40, 2020
3.1 Pn Norshalinda binti Samsuddin, selaku Setiausaha Kehormat PIBG 2020 membentangkan Minit
Mesyuarat Agung kali ke – 40.
3.2 Minit Mesyuarat Agung kali ke – 40 disahkan dan disokong tanpa sebarang pindaan.
Tindakan : Makluman
Agenda 4: Perkara Berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan
14

