Page 19 - BUKU PROGRAM MAT PIBG SMK DENGKIL 20222
P. 19
Agenda 10 : Hal-hal Lain.
10.1 Pn Zurita binti Shamsuddin memaklumkan kepada semua ibu bapa bahawa murid-murid yang keciciran iaitu
yang belum mendapat vaksin dos pertama boleh berbuat demikian mulai hari ini sehingga 13 Oktober 2021 di PPV
MMU Cyberjaya secara walk in.
Tindakan : Makluman
Tindakan : Makluman
Tindakan : Penolong Kanan HEM
Tindakan : Makluman
10.5 Pn Shalinda binti Shamsuddin menyatakan ibu bapa penjaga yang bukan AJK PIBG sangat dialu-alukan untuk
menyumbang dalam Sarana sekolah.
Tindakan : Makluman
10.6 Pn Pengetua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang telah memberi kepercayaan kepada barisan PIBG
yang baru untuk berkolaborasi dengan guru-guru demi kecemerlangan anak-anak.
10.7 Pn Pengetua juga memohon ibu bapa penjaga untuk membantu anak-anak yang menghadapi kesulitan semasa PdPR dan
menghubungi guru-guru atau beliau sendiri jika perlu.
10.8 En Shaiful Bahri bin Ghazali, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sepang mengucapkan syabas kepada AJK PIBG baharu
yang telah dipilih dan mengalu-alukan penglibatan ibu bapa penjaga dalam memastikan kemenjadian murid. Beliau menyatakan bahawa
pihak KPM sentiasa berusaha supaya semua murid dapat menjalani pembelajaran dengan baik sama ada secara bersemuka atau dalam
talian. Jika murid-murid tidak sihat atau bergejala, mereka tidak perlu bersekolah. Semua SOP juga perlu dipatuhi demi memastikan
pandemik ini segera berakhir. Beliau juga mengucapkan tahniah kerana murid-murid SMK Dengkil telah mencapai lebih 80% mendapat
vaksin dos pertama.
Tindakan :Makluman
19

