Page 4 - BUKU PROGRAM MAT PIBG SMK DENGKIL 20222
P. 4
1 SEULAS KATA SERANGKAI BICARA
PENGETUA SMK DENGKIL
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi diberikan ruang masa dan kesempatan untuk kita bersama-
sama lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Dengkil kali ke-42 sesi 2022/2023 ini.
Dalam tak sedar, penganjuran Mesyuarat Agung PIBG SMK Dengkil telah masuk kedua penganjurannya lain
daripada kebiasaan. Bermula pada tahun 2021 di mana kita melalui fasa pendemik, menyebabkan banyak aktiviti
bersemuka ditanggunhkan, termasuklah Mesyuarat Agung PIBG. Ini merupakan kali kedua ianya diadakan secara maya.
Walaupun bertemu hanya di alam maya, namun sokongan, kerjasama yang dicurahkan semua terutama PIBG SMK
Dengkil di bawah pimpinan Encik Kamalluddin b. Razak amatlah dihargai.
Kesungguhan PIBG untuk terus terlibat dalam pelbagai aktiviti amatlah diperlukan dalam usaha memastikan tiada
anak kita yang ketinggalan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan
sedikit masa pada hari ini, bagi sama-sama kita duduk dan berbincang mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan
anak-anak kita. Segala cadangan, permasalahan yang telah tuan puan utarakan melalui usul, kita akan cuba cari jalan
penyelesaian.
Dalam perjalanan kita bangkit semula memasuki fasa endemik ini, banyak lagi yang perlu kita usahakan,
terutamanya dari segi prasarana. Besarlah harapan saya mewakili seluruh warga sekolah agar dalam perjalanan penuh
liku ini, kami ttidak keseorangan. Sesungguhnya, sekolah tidak dapat bergerak sendiri. Sokongan serta bantuan daripada
tuan puan sekalian amatlah kami harapkan. Diharapkan sokongan daripada pihak PIBG kekal seperti tahun-tahun
sebelumnya.
Dalam kita melangkah ke tahun yang mencabar ini, murid dituntut untuk berusaha lebih gigih, melengkapkan diri
dari segala aspek kehidupan. Sesungguhnya dalam kesibukan kita seharian, masa bersama anak-anak tidak harus
dipandang enteng. Berilah perhatian serta bimbingan kepada mereka agar mereka dapat meningkatkan potensi diri demi
menyahut cabaran dan wawasan negara.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa dan terima kasih semua.
SALINA BINTI KAMSARI
PENGETUA SMK DENGKIL
4

