Page 5 - BUKU PROGRAM MAT PIBG SMK DENGKIL 20222
P. 5
2 SEKAPUR SIRIH YDP PIBG
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita
dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini. Biarpun hanya dapat bersemuka di alam maya,
namun besar harapan saya agar pertemuan kita kali ini dapat menjadi satu medan perbincangan yang bermanfaat. Di ru-
ang yang ada ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang
telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK
PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar.
Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi
aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
Pembelajaran yang berkesan tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik semata. Dalam usaha memastikan
persekitaran yang kondusif, prasarana yang baik memainkan peranan yang besar. Memandangkan SMK Dengkil ini
sudah berusia melepasi Jubli Emas, tentulah banyak kerosakan di sana sini. Justeru, saya menyeru kepada semua ibu
bapa atau penjaga yang ada di sini untuk turut sama membantu terutama dari segi prasarana sekolah. Di samping kema-
juan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memasokongan dari segi kewangan, idea
dan lain-lain amatlah diperlukan kerana ini adalah satu kolaborasi kita bersama.
Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai
selaras dengan visi dan misi SMK Dengkil. Selaku Persatuan yang berada di belakang pihak sekolah, sewajarnya kita
berikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada pentadbiran sekolah. Saya menyeru kepada lebih ramai lagi ibu bapa
di luar sana, marilah bersama kami, baik dari cara selaku PIBG, PIBK serta KSIB juga boleh. Kita tidak seharusnya
meletakkan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak kita ini di bahu guru sahaja, seharusnya, kita bersama-
sama berganding bahu bagi menjayakannya. Perkembangan sahsiah diri serta displin anak-anak, kitalah yang
mencorakkannnya.
Akhir kata, saya mewakili seluruh warga kerja PIBG SMK Dengkil sesi ini, merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang tak jemu menghulurkan bantuan dan sumbangan. Terima kasih diucapkan.
KAMALLUDDIN BIN RAZAK
YDP PIBG SMK DENGKIL
5

