Page 20 - BUKU SKRAP SAINS TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 3
P. 20

PENGAWETAN MAKANAN

                                                                INFO TENTANG MAKANAN YANG DIAWET

                                                                                   (KEROPOK LEKOR )



                         Saya memilih cara makanan yang diawet iaitu pemprosesan keropok lekor.Ia bermula dengan pemilihan
                  ikan. Antara ikan yang digunakan ikan selayang, parang, tamban dan lain-lain. Ikan yang dipilih akan diproses
                  untuk menghasilkan isi ikan tanpa tulang Kemudian isi ikan yang diperoleh ini akan disimpan di dalam peti.
                         Langkah pertama dalam pemprosesan keropok lekor ini ialah plastik isi ikan akan dibuka terlebih dahulu
                  sebelum diletakkan di atas bangku untuk proses penyahbekuan.Kemudian isi ikan ini akan dimasukkan ke dalam
                  mesin pemotong isi ikan untuk mendapatkan isi ikan yang bersaiz kecil. Isi ikan tadi akan ditimbang mengikut
                  sukatan yang telah ditetapkan.
                          Seterusnya isi ikan tersebut akan dicampur dengan tepung sagu dan bahan perasa yang telah ditimbang

                  mengikut sukatan yang telah ditetapkan ke dalam mesin penggaul (mixer). Tujuannya adalah untuk
                  mendapatkan adunan membuat keropok yang sebati.
                         Apabila adunan telah sebati, adunan ini akan dimasukkan ke dalam mesin Mixer untuk mendapatkan
                  bentuk silinder. Langkah terakhir adalah memasukkan sekali lagi adunan tadi ke dalam mesin mixel untuk
                  mendapatkan adunan yang mudah untuk dibentuk ketika proses menggentel nanti.
                         Adunan akan digentel mengikut jenis dan saiz yang dikehendaki. Keropok yang sudah siap digentel akan
                  digoreng separa masak dan disejukkan sebelum proses pembungkusan.

















                                                    #JOMDUDUKRUMAH   #JANGANMEMBAZIR   #JANAPENDAPATAN
   15   16   17   18   19   20   21