Page 58 - DSKP KSSM MATEMATIK T4 DAN T5-min
P. 58
KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
Bentuk I
Premis 1: Semua A adalah B.
Premis 2: C adalah A.
Kesimpulan: C adalah B.
Bentuk II
Premis 1: Jika p, maka q.
Premis 2: p adalah benar.
Kesimpulan: q adalah benar.
Bentuk III
Premis 1: Jika p, maka q.
Premis 2: Bukan q adalah benar.
Kesimpulan: Bukan p adalah benar.
Kemunasabahan hujah perlu dibincangkan
berdasarkan kebenaran premis dan kesimpulan.
Contoh:
Premis 1: Semua nombor perdana adalah nombor
ganjil.
Premis 2: 5 adalah nombor perdana.
Kesimpulan: 5 adalah nombor ganjil.
Hujah ini sah, tetapi tidak munasabah kerana
premis 1 tidak benar.
44

