Page 107 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 107
Sederhana Membawa Kejayaan
Mari bermain.
Cara bermain:
1. Murid membentuk kumpulan.
2. Setiap petak dinomborkan dari 1 hingga 8.
3. Murid melontar penanda ke arah petak.
4. Guru menanyakan soalan mengikut nombor petak.
5. Murid yang dapat menjawab soalan boleh melompat,
mengambil penanda dan diberikan dua markah.
6. Jika tidak dapat menjawab, murid masih boleh melompat
dan hanya diberikan satu markah.
7. Kumpulan yang mengumpul markah terbanyak dianggap
pemenang.
. Contoh soalan:
Mengapakah kamu patut
menutup suis kipas sebelum
. keluar dari kelas?
Apakah perasaan kamu
jika dapat menabung
lebihan daripada wang saku
. sekolah?
Apakah tindakan kamu jika
ternampak kawan kamu
membiarkan paip air terbuka
selepas digunakan?
Bimbing murid menjalankan aktiviti.
13.3
13.4 Sediakan soalan tambahan mengikut bilangan petak.
13.5
101

