Page 109 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 109

Kebaikan Bersikap Sederhana

                             di Sekolah

                             Fahami dan lengkapkan.


             Terima kasih kepada pengerusi majlis. Pada pagi ini, saya akan
             menyampaikan pidato yang bertajuk, “Sikap dan Amalan Bersederhana
             yang Perlu Dipraktikkan di Sekolah”.

                Banyak kebaikan yang kita  peroleh jika  kita mengamalkan  sikap
             kesederhanaan di sekolah. Contohnya, kita dapat menjimatkan kos
             perbelanjaan di sekolah sekiranya kita menggunakan air dan elektrik
             secara berhemah.
                Para hadirin sekalian,

                Amalan bersederhana juga merupakan satu amalan yang baik
             kerana melalui amalan ini kita boleh mendapat ramai rakan. Apabila kita
             mengamalkan tutur kata yang sederhana, kita dapat menjaga hati rakan
             dan membentuk peribadi yang mulia.
                Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun,

                Pergi ke sungai memasang pukat,
                    Pulangnya lewat di hujung petang;
                Jikalau sentiasa berjimat cermat,
                    Hidup terjamin tanpa hutang.
                Sekian pidato saya, terima kasih.



           Berdasarkan teks pidato di atas, senaraikan
           isi-isi yang berkaitan dengan sikap
           kesederhanaan.


           Amalan kesederhanaan             Kebaikan bersikap
                   di sekolah :                 sederhana.

               1                             1
               2                             2

               3                             3
               4                             4



                13.1
                13.2               Bimbing murid melengkapkan jadual di atas.
                 13.3              Bimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran            103
                                     abad ke-21 (Round Table).
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114