Page 5 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 5

PENDAHULUAN





             Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperkenalkan oleh
             Kementerian Pendidikan Malaysia memberi penekanan bahawa standard kurikulum
             pendidikan negara perlu setanding dengan standard antarabangsa. Sehubungan
             dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) mula diperkenalkan
             pada tahun 2017. Sejajar dengan perubahan ini, buku teks Pendidikan Moral Sekolah
             Kebangsaan Tahun 3 diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
             Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral yang terkini.
                 Buku teks Pendidikan Moral Tahun 3 SK yang bertemakan “Saya dan Sekolah”
             merangkumi 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab,
             berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran,
             kerajinan, kerjasama, kesederhanaan dan toleransi. Semua nilai berkenaan diaplikasikan
             melalui tiga domain moral, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral.
             Selain itu, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) diterjemahkan
             dalam bentuk yang mudah agar Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berfungsi
             mengikut tema yang ditetapkan.
                 Buku ini juga merangkumi penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras
             Tinggi (KBAT) yang membantu murid  mengaplikasi,  menganalisis, menilai dan
             mencipta  bagi  merangsang  pemikiran  dalam  pelbagai  domain moral.  Penerapan
             KBAT juga membantu murid menguasai kemahiran yang diperlukan bagi
             mengharungi cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti
             pembelajaran abad ke-21 seperti  Round Table, Gallery Walk, Think-Pair-Share,
             dan Hot Seat difokuskan dalam buku teks ini bagi mencapai hasrat dan matlamat
             Sistem Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan
             serta  teknologi maklumat dan  komunikasi (TMK),  patriotisme  dan kelestarian  alam
             sekitar diterapkan dalam aktiviti bagi mengukuhkan lagi kemahiran dan keterampilan
             seseorang  murid.  Theory of  Constraints  (TOC)  juga  diterapkan  dalam  beberapa
             aktiviti terpilih bagi membantu murid mengenali pembelajaran moral dalam bentuk
             penyelesaian masalah mengikut keutamaan.
                 Buku teks ini juga menyediakan pentaksiran yang berbentuk formatif dan sumatif
             bagi membantu murid mengukuhkan lagi penguasaan mereka.














                                                                                               v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10