Page 6 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 6

Bagi membantu murid mengikuti perkembangan Standard Kandungan dan
           Standard Pembelajaran secara berperingkat, setiap unit disusun mengikut komponen
           yang berikut:

                       KONSEP
                       Komponen ini menerangkan konsep nilai dalam DSKP yang menjadi fokus
                       sesuatu unit. Komponen ini bertujuan untuk membantu murid memahami
                       nilai secara berkesan melalui aktiviti yang dirancang.

                       PENGUKUHAN
                       Komponen ini bertujuan untuk menambahkan pemahaman dan pemikiran
                       murid tentang nilai yang dipelajari melalui aktiviti yang dirancang.

                       PEMULIHAN
                       Komponen ini membantu murid meningkatkan pemahaman mereka
                       dalam menguasai dan mengaplikasikan standard pembelajaran melalui
                       aktiviti yang lebih mudah.

                       PENGAYAAN
                       Komponen ini menyediakan aktiviti yang lebih mencabar pemikiran
                       murid supaya potensi murid dapat dikembangkan agar mereka dapat
                       mengaplikasi dan bertindak mengikut nilai moral.

                       PENILAIAN
                       Komponen ini menyediakan pelbagai aktiviti penilaian bagi mengukur
                       tahap penguasaan murid dalam sesuatu nilai.

                       STANDARD PEMBELAJARAN
                 1.1
                 1.2
                 1.4   Komponen ini memberikan panduan kepada guru untuk membimbing
                       murid mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam DSKP.
                       NOTA GURU
                       Komponen ini bertujuan untuk menerangkan cadangan PdPc dan idea
                       tambahan bagi membantu guru melaksanakan aktiviti yang dirancang.

                       KBAT
                       Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
                       KOD QR
                       Maklumat tambahan yang boleh diakses melalui alat peranti.
              IMBAS SAYA
           Pendidikan Moral bertujuan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral
           dan berakhlak mulia melalui perlakuan yang baik dan berkesan. Penulis berharap
           buku teks ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pemikiran serta perlakuan
           yang rasional malah menjadi panduan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
           Kebangsaan. Akhir kata, penerbitan buku ini diharap dapat menjadi tunjang utama
           untuk membangunkan modal insan yang cemerlang ke arah negara yang maju
           dalam arena global.
              vi
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11