Page 76 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 76

Hadapi Cabaran dengan Tabah


                           Fahami cerita dan lakukan aktiviti.





           Sivanesh  belajar  di  Sekolah  Kebangsaan  Seri  Prisma.  Dia
           merupakan ketua pengawas sekolah. Dia sentiasa bersikap
           berani dalam menjalankan tugasnya.

                Semasa waktu rehat, pekerja kantin memberitahu Sivanesh
           bahawa beberapa orang rakannya sering berkumpul di belakang
           kantin selepas waktu rehat. Sivanesh menegur mereka.
                Sivanesh juga melaporkan perkara ini kepada guru disiplin.

           Sikap beraninya mewujudkan keadaan sekolah yang selesa dan
           harmoni.
                                                         Contoh soalan:

                                                         Apakah sikap berani yang
             Cara menjalankan aktiviti:                  ditunjukkan oleh Sivanesh?
             1.  Murid membentuk kumpulan.
             2.  Baca dan fahami cerita.
             3.  Setiap kumpulan membina
                soalan tentang sikap
                keberanian berdasarkan
                cerita.
             4.  Pilih seorang murid untuk
                menjadi “pakar”.
             5.  Murid mengemukakan soalan.
             6  “Pakar” menjawab soalan
                yang diberikan.







                  Adakah kamu berani menegur rakan kamu yang melakukan
                  kesalahan di sekolah? Ceritakan.




                     Bimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran abad ke-21 (Hot Seat).
                     Bimbing murid menghasilkan soalan berdasarkan cerita.                  9.1
                                                                                           9.2
              70                                                                           9.3
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81