Page 81 - Pendidikan Moral Tahun 3 SK
P. 81
Amanah dalam Tindakan
Fahami dan lakonkan.
Kumar, Alina dan Pavithra ialah murid Tahun 3 Aktif.
Alina telah meminjam buku cerita daripada Kumar. Setelah
selesai membacanya, Pavithra pula ingin meminjam buku
tersebut daripada Alina.
Alina tidak membenarkan Pavithra meminjamnya. Alina
meminta Pavithra mendapatkan kebenaran daripada Kumar.
Alina memulangkan buku itu kepada Kumar lalu
mengucapkan terima kasih. Sebagai tanda berterima kasih,
Alina ingin membelanja Kumar makan di kantin. Kumar
menolak kerana dia ikhlas meminjamkan buku tersebut.
Bincangkan kepentingan bersikap jujur dalam situasi di atas.
Jelaskan perasaan kamu setelah bersikap jujur di sekolah.
10.1 Bimbing murid melakonkan situasi di atas.
10.2
10.4
10.5 75

