Page 44 - Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5 (New)
P. 44
Minggu 10
B Not F
Kamu telah belajar memainkan rekoder bagi not B, A, G, C’ dan D’
pada tahun 4. Kini, mari lihat gambar di bawah dengan teliti. Buat
penjarian not F dengan betul sebelum memainkan Latihan 1 hingga
5. Kualiti ton yang baik dapat dihasilkan dalam permainan rekoder
melalui teknik perlidahan dan pernafasan yang betul.
Not F
4
3
2
1
0
Penjarian
not F
Masihkah kamu ingat
cara perlidahan dan
pernafasan yang betul
semasa memainkan
rekoder? Tunjukkan.
Perlidahan yang baik ialah
membunyikan ‘tu’ pada setiap not dan
,
‘tud atau tu…ud’ pada not terakhir.
Tarik nafas pada tanda dalam skor
bagi mendapatkan pernafasan yang
baik. Contoh:
, ,
38

