Page 3 - Halatuju Selepas SPM (IKP)
P. 3

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP)



                                                                KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK







                      Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif

                      secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam

                      bentuk perkataan.

                      Kemahiran : mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat

                      dan memahami perkataan.

                      Kemahiran : membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan. Individu ini sensitif

                      terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.

                      Cara belajar : melalui pembacaan, mengambil nota, mendengar kuliah, berbincang dan

                      berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Mereka juga mampu mempelajari bahasa asing

                      dengan mudah kerana mempunyai kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.

                      Kemahiran verbal adalah satu daripada kebolehan yang paling tinggi dalam individu ini.

                      Individu ini juga pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau

                      membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai

                      informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.



                                                                                                      PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 SMK (F) PURUN TAHUN 2022/2023
   1   2   3   4   5   6   7   8