Page 5 - Halatuju Selepas SPM (IKP)
P. 5
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP)
KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian
kiri otak, ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif
serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Kemahiran : Boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan
matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan
cekap.
Cara belajar : Memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang
berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai
fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling.
Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu,
individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 SMK (F) PURUN TAHUN 2022/2023

