Page 92 - SITI KHAIRUL ATIKAH E-PORTFOLIO GB200084 (microteaching)
P. 92

KERJA  RUMAH  /  TUGASAN
               HOMEWORK
                          ASSIGNMENT
                        /
                   1)  Guru  meminta  murid  —  murid  membuat  peta  dakap  ringkasan  mengenai  topik  4.2
                       muatan  haba  tentu  dan  4.3  haba  pendam  tentu  bagi  melihat  perbezaan  antara  kedua  —

                       dua  konsep  tersebut.

                   2)  Peta  dakap  tersebut  perlu  dilakukan  di  dalam  2  helai  kertas  A4  dan  perlu  dihantar
                       pada  kelas  yang  berikutnya  pada  hari  khamis  3/6/2021.

                   3)  Murid  diminta  untuk  menghafal  definisi  haba  pendam  tentu  pelakuran  dan  haba
                       pendam  tentu  pengewapan  dan  akan  diuji  secara  lisan  sebelum  menyambung  topik

                       pembelajaran  pada  kelas  berikutnya  pada  hari  khamis  3/6/2021.




               SUMBER  RUJUKAN:
               REFERENCES


               Bil.  | Rujukan


                1    Buku:  T.  Kanageswarry  (2019).  Buku  Teks  FIZIK  Tingkatan  4.  Pustaka  Sarjana  Sdn
                     Bhd.


               2     Buku:  Foo  Seng  Teek  (2016).  SUCCESS  Fizik  SPM.  Oxford  Fajar  Sdn  Bhd.

                     Laman  web:  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (2015).  EduwebTV:  FIZIK  Tingkatan  4
                3


                     -  Haba  Pendam.  Retrieved  May  20,  2021,  from  http://eduwebtv.moe.edu.my




               REFLEKSI  PENGAJARAN  PELATIH
                TRAINEE'S  TEACHING  REFLECTION

                1.     Bisikan  hati

                       Ada  beberapa  orang  murid  yang  masih  tidak  dapat  menjawab  soalan  kemahiran  aras
               tinggi  (KBAT)  dengan  baik.  Apabila  aktiviti  secara  berkumpulan  dijalankan,  murid  -  murid

               ini  tidak  memberi  kerjasama  yang  baik  dan  bertindak  untuk  duduk  pasif  dan  membiarkan  ahli
               kumpulan  yang  lain  menjawab  bagi  pihak  mereka.  Saya  cuba  beberapa  kali  cetuskan  idea  dan

               memberi  galakan  kepada  mereka  untuk  terus  mencuba.  Apabila  sesi  perbentangan,  mereka

               yang  pasif  ini  bertindak  berdiam  diri  daripada  memberi  penerangan  dihadapan  kelas.  Mereka
               teragak  —  agak  dalam  menjawab  persoalan  yang  diutarakan  dan  tidak  kelihatan  yakin.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97