Page 93 - SITI KHAIRUL ATIKAH E-PORTFOLIO GB200084 (microteaching)
P. 93
Saya berasa gembira melihat murid memberi respon yang sangat baik dalam penerangan graf
pemanasan haba dimana mereka mampu menyatakan dengan tepat setiap proses yang berlaku
pada setiap peringkat pendidihan.
2. Menganalisis / Menilai
Mereka yang pasif dalam aktiviti kumpulan ini tidak mampu menjawab soalan yang
diberikan kerana mereka tidak mampu menggunakan formula haba pendam tentu (Q = mL)
dengan baik. Mereka tidak boleh mengingat dengan baik konsep haba pendam tentu
pelakuran atau haba pendam tentu pengewapan dan cara bagaimana menukar kepada SI unit
dengan betul. Ini menyebabkan mereka mempunyai kesulitan dalam menyelesaikan masalah
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Asbab kerana ini, mereka tidak yakin untuk memberi
penerangan dihadapan kelas ketika sesi perbentangan.
3. Kesedaran baharu
Murid lebih jelas jika diberi penerangan dalam berbentuk visual. Bagi soalan penyelesaian
masalah, saya akan cetus minda pelajar dengan meminta mereka yang mengeluarkan
maklumat. Pelajar lebih peka kepada kehendak soalan dan maklumat yang terdapat dalam
soalan jika saya kurangkan “spoon feeding” pelajar — pelajar dengan maklumat yang ada.
Saya latih dan biar mereka yang mengeluarkan maklumat dan saya hanya memantau. Ini
membantu mereka untuk mengingat dengan lebih baik.
4. Cadangan / Tindakan
Saya akan membentuk kumpulan yang lebih kecil ahlinya. Mengecilkan bilangan ahli
kumpulan kepada 2 orang satu kumpulan bagi memastikan setiap murid mengambil bahagian
dalam kerja kumpulan. Memberi soalan bercampur topik bagi melatih murid mengenal pasti
topik yang berkaitan soalan dan menggunakan formula yang betul mengikut kehendak soalan.
Setiap kali kelas, perlu memberi murid soalan yang terdapat kaitan dengan topik yang
sebelumnya bagi mengukuhkan daya ingatan pelajar.

