Page 23 - BUKU PENGURUSAN SK KEPONG 2019
P. 23

BUKU PENGURUSAN SKKEP 2019


                                                     SEJARAH SEKOLAH

               Sekolah Kebangsaan Kepong, Kuala  Terengganu mula didirikan pada tahun  1952.  Bangunan ini didirikan secara
               bergotong-royong oleh penduduk kampong di atas sekeping tanah yang dimiliki oleh Puan Sairah binti Mohamad.
               Ia terdiri daripada sebuah bangunan yang mempunyai sebuah bilik darjah. Bahan binaannya terdiri daripada tiang
               yang diperbuat daripada batang nibung, beratap rumbia dan berdindingkan buluh kapit. Keluasan bangunan bilik
               darjah yang pertama ini ialah 22 kaki x 60 kaki.

               Gerakan penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Encik Mohd Yassin bin Ali. Beliau seterusnya menjadi Guru
               Besar yang pertama sekolah ini. Sekolah ini menerima murid generasi pertama seramai 30 orang pada 22 Februari
               1952. Murid-murid yang diterima belajar mempunyai pelbagai peringkat usia. Kebanyakkan  murid ini sudah pun
               menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Tiga orang tenaga pengajar yang terlibat dengan pengajaran
               bagi kelas yang pertama ini ialah Encik Mohd Yassin bin Ali, YM Che Ku Ali bin Abdul Rahman dan Encik Abu Bakar
               bin Ismail.

               Pada tahun 1955, bangunan yang kedua telah didirikan. Ia merupakan sebuah bangunan yang diperbuat daripada
               besi dan tapaknya pula dibina menggunakan batu-batu sungai yang diangkut secara bergotong-royong. Bangunan
               yang berharga RM 11000.00 ini disumbangkan oleh RIDA.

               Pada 29 Disember 1977, satu tragedi telah berlaku terhadap Sekolah Kebangsaan Kepong ini di mana salah sebuah
               daripada  dua  buah  bangunan  sekolahnya  telah  terbakar.  Kebakaran  ini  telah  menyebabkan  segala  surat  dan
               dokumen penting telah musnah. Memandangkan kejadian itu berlaku ketika sekolah hampir dibuka bagi sesi 1978,
               pihak  PIBG  sekolah  ini  telah  bergotong-royong  membina  bangunan  yang  mengandungi  tiga  buah  bilik  darjah.
               Bangunan ini telah disiapkan dalam masa 12 jam.

               Perkembangan dan keperluan pendidikan yang kian pesat menyebabkan kerajaan telah mengambil usaha membina
               sebuah  bangunan  kekal  dua  tingkat.  Kerja-kerja  pembinaan  ini  telah  dilakukan  pada  tahun  1984.  Bangunan  ini
               dilengkapi  dengan  tiga  buah  bilik  darjah  di  tingkat  bawahnya  sementara  di  tingkat  atasnya  ditempatkan  bilik
               pentadbiran  dan  bilik  guru.  Pada  tahun  1994,  sebuah  lagi  bangunan  dua  tingkat  telah  didirikan.  Bangunan  ini
               mengandungi  lima  buah  bilik  darjah  dan  juga  penempatan  Bilik  Perpustakaan,  Bilik  Tayang  dan  Bilik  ABM  serta
               Kelas Kemahiran Hidup. Pada tahun 1994 juga, dua unit rumah guru telah didirikan.

               Pada tahun 1987, PIBG sekolah melalui Pejabat Daerah Kuala Terengganu telah menguruskan projek pembinaan
               surau sekolah. Surau ini telah dimanfaatkan sebagai tempat solat fardu berjemaah, solat hajat, dan latihan fardu
               ain.  Bagi  menampung  keperluan  murid  yang  semakin  bertambah,  pada  tahun  1999  pihak  PIBG  sekolah  melalui
               sumbangan  Menteri  Besar  Terengganu  sebanyak  RM  20  000.00  telah  melaksanakan  projek  pembesaran  surau
               tersebut.

               Usaha dan permintaan pihak sekolah agar pihak jabatan menggantikan kantin lama yang sudah uzur serta tidak
               lagi berupaya menampung keperluan murid telah membuahkan hasil apabila pada tahun 1988 sebuah kantin baru
               telah didirikan. Sementara kantin lama dijadikan bilik darjah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah masih lagi tidak
               berpuashati  dengan  ukuran  kantin  baru  tersebut.  Desakan  untuk  pembesaran  kantin  tersebut  terus  digiatkan.
               Akhirnya,  projek  pembesaran  kantin  telah  dapat  disiapkan  pada  tahun  2001.  Ini  memberikan  lebih  keselesaan
               kepada  murid-murid  untuk  menggunakan  kantin  tersebut.  Walau  bagaimanapun  pihak  sekolah  masih  lagi
               mendesak dan berusaha agar bangunan kantin tambahan tersebut dilengkapi dengan kipas dan lampu.

               Pada tahun 2003, SK Kepong telah dilengkapi dengan sebuah makmal komputer tetapi terpaksa dibaikipulih kerana
               struktur binaan yang kurang selamat dan masalah kebocoran atap yang serius.

               Pada tahun 2003 juga, SK Kepong juga telah menerima peruntukan dari Dana Khas Persekutuan bagi projek naik
               taraf  pejabat,  bilik-bilik  Guru  Penolong  Kanan,  bilik  guru,  sebuah  pondok  jaga,  ubahsuai  kantin  dan  dua  balai
               bacaan murid. Pada November 2004, kantin lama sekolah ini telah dirobohkan kerana struktur bangunannya yang
               sangat uzur dan tidak selamat lagi untuk dijadikan bilik darjah. Pada November 2007, bangunan lama sekolah yang



                                                         USAHA TEKUN JAYA
                                                                                                               18
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28