Page 48 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 48

AKTIVITI 2




                                           (SOALAN PEMAHAMAN)




                 Hari/Tarikh                Selasa (06 Julai 2021)
                 Tema/Tajuk                 Aku Sehelai Duit Kertas
                 Standard Kandungan         2.2
                                            Membaca dan memahami perkataan frasa, dan ayat
                                            daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
                 Standard                   2.2.3
                 Pembelajaran               Membaca dan memahami ayat daripada pelbagai sumber
                                            dengan sebutan yang betul.
                 Objektif Pembelajaran  Murid dapat membaca dan menjawab soalan-soalan dalam
                                            petikan yang disediakan dengan betul.


                     MEMBACA
                                                   Aku Sehelai Duit Kertas

                 Aku  ialah  sehelai  duit  kertas  RM5.  Badanku  berwarna  hijau.  Walaupun  aku  hanya

                 sehelai  kertas,  teapi  aku  amat  berguna  kepada  manusia.  Biasanya,  manusia

                 menggunakan aku untuk mendapatkan benda yang mereka ingini.



                            Aku  dimiliki  oleh  seorang  manusia  bernama  Encik  Mohd  Nazri,  seorang

                 usahawan yang berjaya. Pada suatu hari, tuan aku telah memberikan aku kepada anak

                 perempuannya, Syafiqah bersama dengan duit syiling 50 sen. Syafiqah menyimpan aku

                 dan duit syiling 50 sen itu ke dalam poket baju kurung sekolahnya. Semasa waktu rehat,

                 Syafiqah telah menggunakan duit syiling 50 sen untuk membeli nasi lemak dan aku tidak


                 digunakan olehnya. Selepas balik ke rumah, Syafiqah menyimpan aku ke dalam tabung.

                            Di dalam tabung itu, aku telah berkenalan dengan duit kertas yang lain. Rupa-

                 rupanya Syafiqah seorang budak yang berjimat cermat kerana terdapat pelbagai nilai

                 duit kertas dan syiling di dalam tabung itu. Aku berasa sungguh gembira kerana telah
                 mendapat ramai kawan.   Pada suatu hari, Syafiqah telah memecahkan tabungnya dan
                 kami semua dikeluarkan dan dikira. Selepas itu, Syafiqah membawa kami ke sebuah


                 kedai buku. Syafiqah telah menggunakan kami untuk membeli buku-buku rujukan.



                                                                                                            48
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53