Page 50 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 50

AKTIVITI 3



                                            (SOALAN PENULISAN)



                 Hari/Tarikh                Rabu (07 Julai 2021)
                 Tema/Tajuk                 Pupuk Perpaduan
                 Standard Kandungan         3.7
                                            Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre
                                            dengan betul.
                 Standard                   3.7.1
                 Pembelajaran               Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheren dengan
                                            betul.
                 Objektif Pembelajaran  Murid dapat menulis sebuah karangan mengikut perenggan
                                            dengan betul.


                  Nota:
                  Kohesi adalah pertautan ayat dalam sesuatu perenggan. Kohesi boleh wujud dalam
                  ayat,  antara  ayat  dan  juga  melalui  kosa  kata.  Kohesi  wujud  apabila  adanya  urutan
                  daripada  satu  ayat  kepada  ayat  yang  lain  dalam  sesebuah  perenggan.  Hal  ini
                  bermakna,  maklumat  yang  ditulis  atau  dipaparkan  berkait  antara  satu  sama  lain.
                  Perkara ini bersesuaian dengan Halliday dan Hasan (1976) yang mengatakan kohesi
                 adalah hubungan makna yang ada dalam teks.
               Latihan 3: (Menulis Karangan)
                Bahagian c
                25 markah
                Masa dicadangkan : 35 minit

               Arahan:  Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjang
               karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan


               Soalan 1

               Setiap sekolah ada menyediakan kemudahan perpustakaan. Berikan faedah-faedah yang
               boleh kamu peroleh daripada perpustakaan. Tulis karangan tersebut.

                                                            ATAU
               Soalan 2

               Dalam  tempoh  Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP),  murid-murid  sekolah  menjalankan
               pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah  (PdPR).  Tulis  sebuah  karangan  tentang
               kepentingan PdPR.


                                                                                                            50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55