Page 56 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 56
AKTIVITI 5
(SOALAN PEMAHAMAN)
Hari/Tarikh Jumaat (09 Julai 2021)
Tema/Tajuk Aspek Tatabahasa
Standard Kandungan 5.2
Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang
sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
Standard 5.2.3
Pembelajaran Memahami dan menggunakan pelbagai kata majmuk dalam
pelbagai situasi dengan betul.
Objektif Pembelajaran Murid dapat memahami dan menggunakan pelbagai kata
majmuk dengan betul.
LATIHAN 5 : KATA MAJMUK
KATA MAJMUK
NOTA:
Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum.
Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata
majmuk yang ditulis terpisah.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar,
Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara,
reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Kata majmuk bentuk mantap dieja secara bercantum.
antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama,
matahari, olahraga, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, setiausaha,
sukarela, suruhanjaya, warganegara
56

