Page 57 - PENERANGAN TENTANG MODUL
P. 57
30 markah
Masa dicadangkan : 15 minit
Arahan Solan:
Nyatakan penggunaan kata majmuk dalam ayat di bawah sama ada betul (/) atau
salah (X).
1. Buku Kimia yang tebal itu ialah edisi kemaskini. ( )
2. Cikgu Aflin merupakan guru matapelajaran bahasa Melayu kelas kami. ( )
3. Jam tangan itu ialah pemberian ayah saya. ( )
4. Setiap warga negara Indonesia yang berada di Malaysia perlu memperbaharu pasport
setiap enam bulan sekali. ( )
5. Peribahasa ialah kelompok kata yang mempunyai makna tertentu. ( )
6. “Anak angkat-anak angkat Tuan Shukri semuanya besar-besar belaka,” kata Zamira
kepada Puan Kamilah. ( )
7. Pasukan pancaragam sekolah kami memperoleh kedudukan pertama dalam
pertandingan itu. ( )
8. Semua murid harus melipat-gandakan usaha bagi mendapat kejayaan dalam PMR. ( )
9. Setiap kaum di Malaysia harus disatupadukan untuk membina negara bangsa. ( )
10. Lelaki tua itu berterima kasih kepada budak yang membantunya melintas jalan tadi. ( )
11. Kaum bumi putera di Amerika Syarikat ialah kaum Red Indian. ( )
12. Setiausaha-setiausaha setiap syarikat akan menandatangani perjanjian itu. ( )
13. Keretapi itu menuju ke selatan Thailand dengan membawa beberapa buah motosikal
import keluaran Syarikat Ducati. ( )
14. Alat solek-alat solek itu bertaburan di atas meja. ( )
15. Suriyanti akan mengambilalih syarikat bapanya dalam tempoh lima bulan lagi. ( )
TARIKH/TANDATANGAN IBU BAPA/PENJAGA TAHAP PENGUASAAN/MARKAH
…………………………………………………………
57

