Page 11 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KE-6
P. 11
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KOLEJ TINGKATAN ENAM HULU TERENGGANU
KALI KE-5
TARIKH : 28 OGOS 2021
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
KEHADIRAN : 87 ORANG (RUJUK LAMPIRAN)
AGENDA 1
Ucapan Pemangku Yang Dipertua – En. Sudin bin Sidek
1.1 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang telah menghantar anak-
anak mereka ke Hutecs.
1.2 Beliau mengharapkan agar ibu bapa memberikan bantuan dan kerjasama yang berterusan
untuk menggerakkan PIBG di kolej seterusnya dapat meningkatkan kejayaan Hutecs.
1.3 Beliau juga meluahkan perasaan kecewa kerana kebanyakan program yang dilaksanakan
oleh PIBG dan kolej kurang mendapat sambutan daripada ibu.
1.4 Beliau mengucapkan terima kasih dan syabas kepada AJK PIBG yang lama dan selamat
maju jaya kepada pengetua Hutecs.
1.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada perasmi.
Tindakan: Makluman
AGENDA 2
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kolej Tingkatan Enam Hulu
Terengganu kali ke-4
2.1 Dibentangkan oleh En. Yusof bin Mat selaku Setiausaha Kehormat PIBG.
Tindakan: Setiausaha PIBG
AGENDA 3
Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan
3.1 Dibentangkan oleh En. Mohd Rasidi bin Ali selaku Bendahari Kehormat PIBG.
3.2 Membentangkan Laporan Kewangan PIBG tahun 2020 berakhir 31 Disember 2020.
Tindakan: Bendahari PIBG
GENDA 4
Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti PIBG 2020
4.1 Laporan dibentangkan oleh En. Yusof bin Mat.
4.2 Membentangkan laporan aktiviti tahun 2019/2020 seperti terkandung pada halaman 17 .
Tindakan: Setiausaha PIBG
11

