Page 12 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KE-6
P. 12
AGENDA 5
Membahas dan Menerima Usul
5.1 En. Mohd Alias bin Mohd Nor mengusulkan supaya pihak kolej memberikan penerangan
tentang tingkatan 6. Pengetua memaklumkan bahawa beliau telah memberikan
penjelasan tentang kelebihan belajar tingkatan 6 semasa Minggu Orientasi secara atas
talian. Pada tahun-tahun akan datang Kaunselor akan memberikan penerangan yang lebih
jelas tentang sistem pembelajaran tingkatan 6 kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar
tingkatan 5 di sekolah-sekolah.
5.2 Pengetua menjelaskan bahawa yuran untuk satu keluarga ialah RM50. En. Yusof bin Mat
memaklumkan bahawa pada bulan Mei 2021 pihak JPNT telah meluluskan kutipan yuran
untuk tahun 2021 dan surat telah diedarkan kepada pelajar pada 1 Mei 2021 tetapi kutipan
masih belum dibuat kerana sekolah masih ditutup sehingga sekarang. Mesyuarat
bersetuju untuk mengekalkan jumlah tersebut.
AGENDA 6
Pembubaran AJK PIBG Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu 2019/2020 dan 2020/2021
6.1 Pengerusi telah membubarkan jawatankuasa PIBG 2019/2020 dan 2020/2021. Pengerusi
membuka majlis untuk pelantikan jawatankuasa bagi sesi 2021/2022.
AGENDA 7
Pelantikan AJK PIBG Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu 2021/2022
7.1 Pn. Shamsul Bariah bt Salleh mencadangkan En. Dul-Rosidi bin Ahmad sebagai YDP
PIBG Kolej Tingkatan Enam bagi sesi 2021/2022.
7.2 En. Makhtar bin Mohamad mencadangkan pihak kolej melantik NYDP dan AJK PIBG Kolej
Tingkatan Enam Hulu Terengganu bagi sesi 2021/2022.
7.3 Pengetua memaklumkan lantikan NYDP ialah En. Mohammad bin Abdul Kadir, Setiausaha
dikekalkan, Bendahari akan dibuat pemilihan yang baharu kerana En. Mohd Rasidi bin Ali
akan bersara pada tahun hadapan, AJK daripada ibu bapa ialah En. Mazelan bin Hamid,
En. Mohd Yusof bin Embung, dan Che Wan Yusof bin Che Wan Non, En. Azlan bin
Mohamad, Pn. Wan Roslina bt Ton Yusof, dan En. Mohd Zaki bin Husain manakala AJK
dalam kalangan guru akan dikekalkan.
JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
YANG DIPERTUA
EN. DUL-ROSIDI BIN AHMAD
NAIB YANG DIPERTUA
EN. MOHAMMAD BIN ABDUL KADIR
AHLI JAWATAN KUASA
EN. MOHD YUSOF BIN. EMBONG
EN. MAZELAN BIN HAMID
EN. CHE WAN YUSOF BIN. CHE WAN NON
EN. AZLAN BIN MOHAMMAD
PN. WAN ROSLINA BT. TON YUSOF
EN. MOHD ZAKI BIN HUSAIN
7.8 Cadangan untuk pemeriksa kira-kira ialah En. Nordin bin Mohamad dan Encik Wahi bin
Muda.
12

