Page 2 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KE-6
P. 2
Bicara Pengetua …..
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Illahi kerana mengizinkan saya untuk menitip sepatah dua kata sempena Majlis
Mesyuarat Agung PIBG Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu kali ke-6 sesi tahun 2021/2022.
Tahniah dan syabas kepada YDP, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang tidak jemu-jemu
membantu Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HuTeCS) dengan menabur bakti untuk melihat
kecemerlangan anak-anak HuTeCS.
Harapan saya, komitmen yang tidak berbelah bahagi ini antara pihak kolej dan PIBG untuk
kecemerlangan kolej dapat ditingkatkan bukan sahaja dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Kecemerlangan pelajar dapat melahirkan modal insan yang gemilang dan aset kepada agama, bangsa dan
negara.
Akhir kata, saya mewakili pihak HuTeCS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa menyokong usaha kolej, khususnya melibatkan
sumber kewangan bagi menjayakan program dan aktiviti yang dijalankan di kolej. Semoga kerjasama ini
diteruskan dari masa ke semasa untuk melihat kecemerlangan anak-anak kita.
Sekian, terima kasih
RASDI BIN DERAHMAN
Pengetua,
Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu
2

