Page 3 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KE-6
P. 3
RASIONAL
Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks,
penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program
pendidikan perlu digembeleng secara terancang. Oleh itu, peranan
ibu bapa dan guru amatlah penting dalam merealisasikan
kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT
Persatuan Ibu Bapa dan Guru secara sedar dan rasa penuh
tanggungjawab memainkan peranan yang berkesan dalam
menjayakan perancangan sekolah.
MISI
Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru berkesan adalah
pemangkin kecemerlangan sekolah.
VISI
Pibg Mantap, HuTeCS Hebat
3

