Page 12 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE5 v8
P. 12

LAPORAN SETIAUSAHA


         Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Tahun 2018

             1.  Mesyuarat AJK

                Jawatankuasa Induk surau telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali sepanjang tempoh
                Januari  hingga  Disember  2018.  Selain  daripada  itu  terdapat  juga  mesyuarat  khas  dan
                mesyuarat operasi berlangsung, dimana perbincangan khusus untuk sesuatu program surau
                telah dibincangkan bagi mendapat maklum balas dan tindakan segera oleh AJK tertentu.

                   BIL   MESYUARAT                                               TARIKH MESYUARAT
                   1.    Mesyuarat AJK Induk 01/2018                             23 Mac 2018
                   2.    Mesyuarat Agung Tahunan 2018                            14 April 2018
                   3.    Mesyuarat AJK Induk 02/2018                             30 Jun 2018
                   4.    Mesyuarat AJK Induk 03/2018                             25 Julai 2018
                   5.    Mesyuarat Khas – Qurban                                 6 Ogos 2018
                   6.    Mesyuarat AJK Induk 04/2018                             28 September 2018
                   7.    Mesyuarat Khas – Isu Muslimat                           15 November 2018

             2.  Poster Jadual Kuliah
                    a.  Jadual  Kuliah  dicetak  dan  ditampal  dipapan  kenyataan  surau  setiap  bulan.  Jadual
                        Kuliah  disediakan  oleh  Biro  Dakwah  dengan  bantuan  Timbalan  Pengerusi  dalam
                        menentukan penceramah dan hari kuliah.

             3.  Poster Jadual Imam & Bilal
                    a.  Sama  seperti  jadual  kuliah,  Jadual  Imam  &  Bilal  juga  akan  dicetak  dan  ditampal  di
                        papan-papan kenyataan surau untuk makluman para jemaah. Jadual Imam disediakan
                        oleh Ketua Imam manakala jadual Bilal disediakan oleh Ketua Bilal.

             4.  Kemaskini dan Pendaftaran baru Anak Kariah
                    a.  Borang pendaftaran anak kariah telah diedarkan ke rumah-rumah di S8Prima & D’8
                        untuk tujuan kemaskini dan pendaftaran baru anak kariah atas permintaan Masjid Al-
                        Hasanah.  Surau  Al-Amin  Seksyen  8  adalah  dibawah  kariah  Masjid  Al-Hasanah.
                        S8Prima dan D’8 adalah anak kariah kepada Surau Al-Amin.
                    b.  Lebih 300 borang telah dikembalikan kepada pihak surau untuk pengkemaskinian dan
                        pedaftaran baru anak kariah.

             5.  Informasi Jumaat
                    a.  Penyediaan tayangan slide yang mengandungi informasi jadual kuliah mingguan dan
                        aktiviti surau dalam seminggu telah dilakukan setiap minggu.
                    b.  Slide tersebut akan ditayangkan di surau setiap Jumaat sebelum masuk waktu Zohor.
                    c.  Objektif utamanya  adalah untuk menyalurkan segala informasi berkaitan kuliah dan
                        aktiviti surau kepada kariah Al-Amin


                                                                                                            Page | 11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17