Page 15 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE5 v8
P. 15

2.0    PERANCANGAN MASA HADAPAN / ISU SEMASA

                   ISU / PERANCANGAN                                       CATATAN
          1   Tandas yang selalu dirosakkan         Sistem “flush”, pintu dan paip air akan diganti apabila
              (pintu & flush)                       rosak dari masa ke semasa. Bagaimanapun, terdapat
                                                    satu tandas Muslimat yang didapati sering tersumbat.

          2   Air kolah yang cepat kotor            Pada masa ini, penggantian air kolah dibuat 2 kali
                                                    seminggu kerana cepat kotor. Faktor utama adalah
                                                    pertambahan jemaah yang bersolat di Surau Al Amin,
                                                    khasnya pada hari Jumaat,serta kedudukan surau di
                                                    tepi jalan yang agak sibuk.

          3   Penapis air Kangen untuk              Penapis air diwaqafkan oleh jemaah surau untuk
              muslimat                              kegunaan jemaah, khasnya Muslimat yang aktif
                                                    mengadakan kelas.



         Biro Muslimat

         Ketua Biro   : Hjh. Siti Arbaisah binti Misman

         1.0    PENGENALAN
                Berperanan menyebarkan dakwah dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi
                faedah kepada golongan wanita, remaja dan anak-anak.  Fungsi Biro Muslimat adalah sama
                seperti biro-biro yang lain bagi memakmurkan Surau Al Amin Sesyen 8.



         2.0    OBJEKTIF


             1)  Menggalakkan muslimat dan remaja mencintai masjid  Ilmu  dan ulama.

             2)  Membuka ruang kepada semua Jemaah muslimat dan anak anak  untuk  menambah
                  kenalan, sillaturrahim dan ukhuwah.

             3)  Mewujudkan rasa saling menyayangi sesame ahli qariah .
             4)  Menjadi platform atau medium untuk mengasah bakat kepimpinan, merancang, mengatur
                  dan melaksanakan aktiviti aktiviti yang dirancangkan.






                                                                                                            Page | 14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20