Page 24 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE5 v8
P. 24

PENGISYTIHARAN








               Akaun  Surau  Al-Amin  ditutup  secara  tahunan  pada  setiap  31  Disember  dan  dikemukan  kepada
               Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik sebagai Juruaudit Dalaman yang bertanggungjawab memeriksa
               kira-kira  tahunan  surau  dan  membuat  lapuran  serta  pengesahan  tertentu.  Lapuran  yang  telah  di

               audit  dan  disahkan  dalam  mesyuarat  jawatankuasa  dikemukakan  kepada  Pejabat  Agama  Islam
               Daerah  Hulu  Langat,  Masjid  Al-  Hasanah  Bandar  Baru  Bangi  dan  lain-lain  badan  penguatkuasa
               yang memerlukan, tertakluk atas permintaan. Edaran terhad serta pembekalan lapuran dibuat atas

               permintaan sahajja dan edaran akan di buat di Surau untuk jemaah yang hadir bermesyuarat serta
               kepada yang memerlukan.


               Akaun  tahunan  ini  adalah  bagi  tahun  kewangan  berakhir  pada  31  Disembar  2018  dan  ianya

               dibentangkan  secara  2  tahun  perbandingan  untuk  memberi  gambaran  yang  selaras  dan  bagi
               mengukur kemajuan. Ianya disediakan dengan mengakaunkan sumber kewangan yang diperolehi
               dan penggunaan  punca-punca  kewangan  yang  dibuat  sepanjang perjalanan  operasi  bagi  tempoh

               yang dinyatakan.

               Sumber kewangan Surau merangkumi Program Sumbangan Dana dari Entity Perniagaan / Sosial /

               Individu, Penyewaan Tapak Telekomunikasi, Tabung Sumbangan Solat Jumaat, Penajaan Program
               Ramadhan  /  Qurban  /  Maulidur  Rasul,  Jualan  Amal,    Majlis  Ilmu,  Derma  /  Tabung  Tetap  Surau,
               Zakat serta sumbangan terus melalui akaun Surau.


               Bagi penggunaan punca kewangan pula, ianya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Perbelanjaan
               Mengurus dan Perbelanjaan Modal. Perbelanjaan Mengurus meliputi perbelanjaan penyelenggaran,
               pentadbiran  dan  aktiviti  /  program  ilmu.  Manakala  Perbelanjaan  Modal  pula  merangkumi

               perbelanjaan pembinaan surau dan pembelian harta untuk kegunaan surau.

















                                                                                                      Page | 23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29