Page 2 - JOM SERTAI KAMI di... KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
P. 2
TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
PENGENALAN
Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang
mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga
kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan
program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam
pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
OBJEKTIF:
Menghasilkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti melalui :
1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan
fasiliti.
2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian pelajar.
3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal pelajar yang berkesan.
4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

