Page 126 - bm tahun 6 1
P. 126

Penilaian


             Baca teks. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya.

                               Seni Pertukangan Kraf Tembaga
                               Seni Pertukangan Kraf Tembaga
             Irfan dan Irdina menonton dokumentari tentang seni pertukangan kraf tembaga.

             Seni pertukangan kraf tembaga amat istimewa bagi Salleh
             Mohd atau Pak Leh. Beliau adalah antara tukang kraf tembaga
             yang masih meneruskan pembuatan produk kraf seperti periuk
             dan acuan kuih-muih tradisional.
                Atas kegigihan itu, Pak Leh mendapat pengiktirafan sebagai
             Adiguru Kraf dalam bidang pertukangan kraf tembaga oleh
             Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2009.
             Kini, pertukangan kraf tembaga beliau turut dibantu anak
             lelakinya. Pertukangan produk kraf tembaga yang diwarisi
             secara turun-temurun ini ternyata masih dihargai oleh
             masyarakat.
                “Produk seperti periuk tembaga menjadi pilihan pelanggan kerana sifatnya
             sebagai pengalir haba yang baik. Oleh itu, lauk-pauk yang dimasak akan tahan
             lebih lama kerana mendapat haba yang cukup. Semasa proses pembentukan
             periuk, saiz periuk tembaga biasanya diukur dengan menggunakan jari tangan
             sahaja. Penggunaan teknik yang betul sering diamat-amati bagi memastikan
             periuk yang kemas buatannya,” kata Pak Leh.
                Antara hasil kraf tangan lain termasuklah kelengkapan perkahwinan seperti
             tepak sirih dan pahar. Setiap rekaan mempunyai motif unik yang disesuaikan
                                      mengikut cita rasa pelanggan. Hal inilah yang menjadikan
                                          produk kraf tembaga beliau istimewa dan tinggi nilai
                                           estetikanya.
                                               Pak Leh sentiasa peka akan permintaan semasa
                                        terhadap produk kraf tembaga. Beliau akan memastikan
                                     bekalan jongkong tembaga mencukupi untuk pengeluaran
                                     produk pada setiap bulan. Beliau berharap agar
                                     seni pertukangan kraf tembaga ini akan terus kekal
                                     zaman-berzaman.
                                                          (Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)
             A. Ceritakan keistimewaan produk tembaga berdasarkan perenggan yang
                berwarna hijau.

             B.   Rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan, dan
                penggunaan perkataan yang tepat bagi perkataan yang berwarna merah.

             C. Catat usaha Pak Leh untuk meneruskan seni tradisi ini. Cadangkan cara-cara
                untuk memperkembang seni pertukangan ini.

              1.3.2
              2.1.2                                                                             117
              3.2.3
   121   122   123   124   125   126   127