Page 122 - bm tahun 6 1
P. 122

Tatabahasa


                              Seni Kain Baraburu
                              Seni Kain Baraburu

             Irfan menerima hadiah kain baraburu atau dikenali juga
             sebagai balburu daripada rakannya, Linda, yang berasal
             dari Sabah. Irfan telah berkongsi maklumat tentang
             penghasilan kain baraburu oleh keluarga Linda.


             Nenek Linda yang berketurunan Iranun tinggal
             di kawasan pesisiran pantai di Kota Belud,
             Sabah. Kampung mereka berlatarbelakangkan
             gunung-ganang. Kampungnya jauh daripada
             hiruk-pikuk kota. Banyak lagi suku-sakatnya yang
             meneruskan aktiviti menenun kain baraburu.
                Kain baraburu dihasilkan daripada daun nanas.
             Daun itu dikikis untuk mendapatkan benang. Kerja
             itu tidak  boleh dilakukan secara gopoh-gapah.
             Saudara-maranya bergotong-royong melakukannya.
                Benang  yang  telah  siap  akan  direndam
             dengan pewarna asli. Hasilnya ialah benang yang
             berwarna-warni. Saki-baki  pewarna  disimpan
             di dalam bekas. Semua benang tadi akan ditenun
             menjadi kain.  Kreativiti jari-jemari  saudaranya
             menghasilkan corak yang cantik.
                Hati nenek Linda jangkih-mangkih apabila
             memikirkan kelangsungan kain ini. Beliau berharap
             agar warisan turun-temurun ini akan terus
             terpelihara. Usaha keluarganya mempromosikan
             kain baraburu dan menjadikannya terkenal bukan
             lagi cola-cala.
             [Sumber: Mabulmaddin Shaiddin, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah (BKI)]



                                      Munsyi Cilik

                                  Kata ganda berentak ialah kata yang menggandakan kata dasar mengikut
                                  rentak bunyi tertentu. Kata ganda berentak terbahagi kepada pengulangan
                                  vokal, pengulangan konsonan, dan bebas.
                 Aktiviti

             Tulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan.

                 Nota Guru
                     •  Bimbing murid memahami kata ganda berentak.
              5.2.3  •  Bimbing murid menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Mengaplikasi – Membina  113
                       EMK: Kreativiti dan inovasi
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127