Page 19 - bm tahun 6 1
P. 19

Seni Bahasa



                                     Kisah Sebuah Keluarga
                                     Kisah Sebuah Keluarga
                                                                                        Audio seloka
               Inilah kisah sebuah keluarga              Ibu bapa hendaklah
               Hidup bahagia setiap masa                 mengambil berat tentang
               Meski ibu bapa sibuk bekerja              kebajikan anak-anak
               Anak-anak tidak dilupa                    walaupun sibuk bekerja.
               Siang malam sibuk sekali
               Anak-anak masih terjaga
               Peranti pintar selalu ada
               Boleh dipantau anak di sana.


               Waktu cuti ke sana ke mari
               Melancong dengan buah hati
               Tak lagi sibuk urusan sendiri
               Dengan keluarga masa terisi
               Mata terpaku pada peranti
               Info terkini hiburan sensasi
               Namun tak lupa orang di sisi
               Yang bersama masa bercuti.


               Kenangan manis terimbau kini
               Saat indah dengan keluarga
               Doa dipanjat kepada Ilahi
               Murah rezeki bercuti lagi.

               Nukilan: Alias Derais







              Info
            Seloka ialah puisi yang mengandungi
            sindiran, jenaka, atau gurau senda.



               Aktiviti

           Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada
           yang sesuai serta nyatakan pengajarannya.
                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai.
                   4.2.1  •  Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka.
           10              Strategi PdP: KP – Muzik                 KBAT: Menganalisis – Menerangkan
                           EMK: Nilai Murni – Kasih sayang
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24