Page 24 - bm tahun 6 1
P. 24

zmel                                                               idham


              Daripada :  idhamhakim@zmel.com

              Kepada  :  suria_88@zmel.com

              Perkara  :  Khabar dari Rantau


              Ke  hadapan sepupuku,  Suria,  diharap semoga  sihat  sejahtera  selalu
              di samping keluarga di tanah air.
                 Terlebih dahulu, abang ucapkan terima kasih kerana Suria mengambil
              berat tentang kebajikan keluarga abang. Suria selalu meminjamkan telefon
              kepada Hana dan mak long. Oleh itu, dapatlah kami berhubung walaupun
              berjauhan.
                 Bagaimanapun,  abang  hanya  dapat berbual  sebentar  dengan  Hana
              pada pagi tadi. Abang sekarang sedang sibuk menyiapkan kertas projek
              tahun akhir. Ada beberapa pembetulan yang perlu abang buat berdasarkan
              saranan pensyarah. Tidak lama lagi, siaplah kertas projek tersebut.
                 Pengajian abang di London akan berakhir pada bulan hadapan. Oleh
              itu, abang tidak akan bekerja lagi di restoran Encik Badrul. Sebelum pulang
              ke tanah air, abang bercadang untuk mengembara ke seluruh Eropah.
              Abang ingin mengambil peluang untuk meninjau budaya orang.
                 Tentang wang ringgit, janganlah keluarga di sana risau. Abang telah
              mengumpulkan wang yang cukup. Walaupun mengembara, abang tetap
              akan mengirimkan wang kepada mak long di kampung.
                 Sampai di sini yang dapat abang tulis. Nantikan kepulangan abang yang
              senantiasa merindui keluarga di sana.





                    Kemiskinan                                             Ikatan kekeluargaan

                                                     ISU


               Tanggungjawab anak                                                    ?




                                                              kandungan  info    qr code    standard   ar code
                 Aktiviti                                                                   pembelajaran

             Baca teks drama dan e-mel dengan telitinya. Kemudian, berikan tafsiran
             berdasarkan isu pada grafik.
                                                              minda aktif  laman kreatif  uji minda   kbat
                 Nota Guru
                     •  Bimbing murid membaca dan memahami teks.           Unit
              2.1.1  •  Bimbing murid memberikan tafsiran berdasarkan isu yang diberikan.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual   KBAT: Menganalisis – Mentafsir            15
                       EMK: Nilai Murni – Kegigihan
                                                              nota guru  laman halaman rangsangan
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29