Page 80 - bm tahun 6 1
P. 80

Penilaian


              Baca petikan. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya.

                                      Demi Keselamatan Murid
                                      Demi Keselamatan Murid










                           IRFAN         FARIS


             “Wah, cantiknya bas baharu pak cik! Bau wangian pun semerbak,” kata Irfan
             kepada Pak Cik Samad, pemandu bas sekolahnya.
                Pak Cik Samad hanya tersenyum memandang Irfan dan rakan-rakannya  beratur
             menaiki bas. Mereka terus duduk di kerusi paling hadapan. Irfan dan Faris lebih
             suka duduk di kerusi itu kerana senang untuk mereka turun apabila sampai nanti.
                “Cuba Irfan perhatikan betul-betul. Inilah bas yang biasa Irfan dan rakan-rakan
             naiki. Cuma, bas ini baru dibaik pulih. Kemudian, pak cik menghantar bas ini untuk
             diservis dan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
             atau PUSPAKOM,” kata Pak Cik Samad.
                Irfan terus memerhatikan sekeliling bahagian bas tersebut. Kelihatan kerusinya
             telah dibalut dengan kain baldu yang lebih menarik dan empuk. Cat yang pudar
             dan terkelupas pada badan bas pun sudah kelihatan berkilat.
                “Kenapakah bas ini perlu dihantar ke PUSPAKOM, pak cik?” tanya Irfan.
                “Di PUSPAKOM, pemeriksa kenderaan terlatih akan memeriksa setiap bahagian
             penting pada kenderaan. Pemeriksaan rapi dan bersinambungan pada setiap
             enam bulan pasti akan menjadikan bas ini dapat digunakan dengan selamatnya,”
             kata Pak Cik Samad.




             A. Tugasan Berkumpulan

               1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
               2.  Buat rumusan dan ramalan tentang kebaikan menggunakan pengangkutan
                   bas sekolah yang disenggarakan dengan baiknya.
               3.  Bentangkan hasil perbincangan dan berhujah dengan ahli kumpulan lain
                   secara kritis dan kreatif.

             B. Berdasarkan petikan, senaraikan kata berimbuhan awalan, akhiran, apitan, dan
                sisipan. Kemudian, bina ayat.

                1.2.2
                2.2.1                                                                            71
                5.2.1
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85