Page 81 - bm tahun 6 1
P. 81

ASPEK
       SENI BAHASA
 AKTIVITI
 MENULIS
        BACAAN LUAS
 PEMULIHAN
               Bacaan Luas

                           Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli
                           Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli












           Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Hendrop,
           Gua Musang, Kelantan berada di kawasan pedalaman
           negeri Kelantan. Mereka telah berjaya menubuhkan
           tiga buah Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli yang
           pertama di Kelantan. Penubuhan pasukan bomba ini
           hasil kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
           Malaysia (JBPM) Kelantan. Pihak JBPM Kelantan juga telah
           membantu usaha memantapkan pasukan bomba ini. Mereka
           telah diberi latihan lebih komprehensif oleh JBPM. Mereka dilatih
           untuk mengendalikan dan mengawal kejadian kebakaran
           serta membantu operasi menyelamat sewaktu kecemasan.
              Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli adalah
           sebagai penggerak awal jika berlakunya sesuatu kes
           kecemasan di kawasan penempatan Orang Asli. Misalnya,
           dalam kes kebakaran dan penyelamatan. Pasukan bomba
           ini dapat melakukan tindakan awal pencegahan sekiranya
           ketibaan pihak JBPM sedikit lewat disebabkan jarak perjalanan
           yang jauh dan keadaan faktor muka bumi berbukit. Kawasan
           penempatan Orang Asli ini tidak mempunyai kemudahan asas.
           Oleh hal yang demikian, tindakan awal pasukan bomba ini dapat
           mengawal kebakaran daripada merebak. Selain itu, pasukan bomba ini
           berperanan untuk menyebarkan khidmat nasihat kepada masyarakat
           setempat tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan
           kebakaran.
              Ahli pasukan bomba ini juga diajar cara menggunakan radio amatur bagi
           mendapatkan bantuan melalui udara. Dalam konteks ini, pihak JBPM akan
           menghantar Unit Udara Bomba yang berada di Pangkalan Udara Bomba
           Subang. Unit Udara Bomba ini akan menyertai operasi penyelamatan
           di kawasan penempatan Orang Asli seperti menghantar bantuan bekalan
           makanan, membawa murid sekolah yang terperangkap semasa banjir,
           dan membawa Orang Asli yang sakit ke Hospital Gua Musang.
              JBPM Kelantan mengalu-alukan masyarakat Orang Asli lain untuk
           menyertai pasukan bomba ini. Pengalaman suasana di dalam hutan yang
           dimiliki oleh masyarakat Orang Asli ini secara turun-temurun telah banyak
           membantu jabatan ini.


                                                   (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
           72
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86