Page 2 - mac 2019
P. 2
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SAW
kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu dan berkumpul pada hari yang penuh
bermakna ini.
Sebagaimana tahun-tahun yang berlalu, Majlis Anugerah Cemerlang dan Apresiasi
merupakan majlis kemuncak di peringkat sekolah. Majlis ini diadakan bagi memberikan
pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian
yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, sekaligus mengharumkan nama
sekolah di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri.
Selaku guru besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak tuan-tuan. Oleh itu,
teruskanlah kecemerlangan yang dicita-citakan kerana ini adalah permulaan kepada
kejayaan-kejayaan pada masa hadapan.
Kejayaan tidak datang dengan bergolek. Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang
terbaik selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, perubahan
sikap individu dan tindak ikut daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat amat diperlukan
supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi cemerlang tercapai.
Akhir kata, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada pihak PIBG dan ibu bapa kerana
tidak jemu-jemu membantu pihak sekolah dari segi material dan sokongan moral
sepanjang masa. Segala jasa dan budi baik tuan-tuan hanya Allah sahaja yang dapat
membalasnya.
Sekian. Saya sudahi dengan lafaz wabillaitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarokatuh.
Terima kasih.
Salam hormat daripada
Mohamad Khairul bin Mohtar
Guru Besar
SK Bandar Utama Damansara 2
1

