Page 3 - mac 2019
P. 3

SEULAS PINANG












          Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

          Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mendapat anugerah cemerlang, juga kepada
          Tuan Guru Besar dan para guru yang telah bertungkus lumus berusaha demi          kejayaan
          anak-anak kita. Syabas kepada murid-murid yang akan menerima anugerah di           Majlis
          Anugerah Cemerlang dan Apresiasi 2019.


          Tuan-tuan dan puan-puan,


          Marilah kita sama-sama membantu pihak sekolah dalam semua program yang dianjurkan.
          Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah akan mendapat manfaat seperti           keyakinan
          guru    meningkat,     pencapaian    murid    meningkat,     ibubapa    berasa    mereka
          sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah, kes disiplin dalam
          kalangan murid berkurangan dan hubungan menjadi lebih baik antara pentadbir, guru dan
          ibu bapa.

          Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada seluruh warga pendidik dan pelajar
          yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kecemerlangan SKBUD 2. Kepada
          ibu bapa murid dan AJK PIBG yang telah menyumbang dan memberi sokongan secara
          langsung mahu pun tidak langsung, saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat
          keberkatan daripada Allah SWT.



          Sekian, terima kasih.



          Salam hormat daripada
          Syed Muhammad bin Syed Nadzir
          Yang Dipertua PIBG
          SK Bandar Utama Damansara 2




















                                                                                                       2
   1   2   3   4   5   6   7   8