Page 117 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 117

U
                    Kegiatan Ekonomi                                 GREECE



                    Tamadun Mesopotamia                                                          S.Tigris
                    Kegiatan ekonomi atau pengkhususan                               Ugarit  Byblos
                    pekerjaan berlaku apabila wujudnya          LAUT MEDITERRANEAN  Cyprus   S.Euphrates
                    lebihan hasil pertanian. Masyarakat                        DELTA NIL
                    yang sebelum ini bekerja sebagai                        Memphis                BABYLON
                    petani telah  bertukar  pekerjaan
                    menjadi peniaga, pedagang dan                               S.Nil
                    artisan. Aktiviti perdagangan telah                              Thebes     TANAH ARAB
                    meluas sehingga ke kawasan Lembah                                 Elephantine
                    Indus. Terdapat pengusaha tekstil,
                    barangan tembikar dan alat keperluan                                   Petunjuk
                    harian. Selain itu, pertambahan                               KUSH                 Kerajaan Baru
                    penduduk menyebabkan peningkatan                              Napata          Laluan import
                                                                                           Laut Merah
                                                                                                  utama
                    permintaan  tukang rumah bagi
                    pembinaan rumah.                        Peta menunjukkan laluan perdagangan Mesir Purba.
                                                             (Sumber: Gloria K.Fiero, Landmark in Humanities, New York: McGrawHill,
                                                             2006, hlm. 14)

                                                              Tamadun Mesir Purba
                    Tamadun Indus                             Wujud pengkhususan pekerjaan dalam bidang
                    Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan      penenunan dan pembuatan barang tembikar
                    seperti  perdagangan,  pertanian,         dan peralatan harian. Eksport utama ialah
                    pertukangan dan pembuatan. Aktiviti       tekstil dan kertas. Di samping itu, terdapat
                    perdagangan turut dijalankan dengan       kegiatan perlombongan emas.
                    pedagang dari Mesopotamia. Antara            Sungai Nil yang lebar dan dalam
                    hasil  perdagangan  yang  penting         membolehkan kapal-kapal dagang
                    termasuklah emas, gading gajah,           menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-
                    manik dan hasil pertanian. Petani pula    pelabuhan seperti Thebes, Memphis dan
                    menjalankan aktiviti bercucuk tanam       Elephantine.
                    terutamanya bagi tanaman makanan
                    seperti barli dan kacang. Selain itu,     Tamadun Huang He
                    terdapat penduduk menjadi artisan         Dalam aspek ekonomi, tamadun ini telah
                    yang terlibat dalam penghasilan           memberikan banyak sumbangan. Masyarakat
                    barangan logam dan tembikar.
                                                              dalam tamadun ini juga amat prihatin terhadap
                                                              pembangunan pertanian. Terusan dibina untuk
                                                              mengairi kawasan pertanian. Pembangunan
                                                              dalam pertanian juga membawa kemajuan
                    Bagaimanakah  masyarakat   pada           dalam teknologi pembajakan dan penciptaan
                    zaman  tamadun awal melakukan             cangkul dan sabit. Petani juga menggunakan
                    kegiatan perdagangan?                     batas untuk tujuan penanaman.



                                                                                                        109
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122