Page 118 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 118

Teknologi

                    Tamadun Mesopotamia                         Tamadun Mesir Purba
                    Sumbangan tertinggi masyarakat Sumer        Masyarakat zaman Mesir Purba juga melakukan
                    dalam Tamadun  Mesopotamia ialah            reka cipta sains dan teknologi. Hasil cipta yang
                    penciptaan tulisan, penciptaan  roda,       terkemuka adalah dalam bidang astronomi,
                    bidang perubatan, bidang astronomi          matematik, perubatan, bahasa dan seni
                    dan bidang matematik. Tamadun ini           bina. Masyarakat zaman ini merupakan
                    menggunakan sistem nombor berasaskan        antara masyarakat yang terawal menulis dan
                    60. Mereka membahagikan masa kepada         menyimpan rekod sesuatu peristiwa. Bentuk
                    60 minit. Mereka juga membahagikan          penulisan terawal dikenali sebagai hieroglif.
                    bulatan kepada 360 darjah. Selain itu,      Orang Mesir Purba menghasilkan kertas yang
                    mereka mencipta formula bagi mengira        dipanggil papirus dan mencipta dakwat hitam.
                    pelbagai  bentuk  geometri,  bulatan        Tulisan di atas papirus adalah untuk menulis
                    dan segi tiga. Ahli-ahli astronomi          teks agama dan dokumen penting.
                    Mesopot a m i a
                    pula mencerap
                    pergerakan bulan,
                    planet dan bintang.

                                                                Tulisan
                                                                hieroglif oleh
                                                                masyarakat
                                          Tulisan kuneiform.    Mesir Purba.

                    Tamadun Indus                               Tamadun Huang He
                    Masyarakat Lembah Indus mencapai            Masyarakat Tamadun Huang He mencipta tulisan
                    kebolehan mengukur sukatan panjang          daripada lukisan. Selain itu, mereka mencipta
                    dan masa dengan tepat. Mereka               alat-alat pertanian daripada kayu dan besi.
                    merupakan  masyarakat terawal yang          Penghasilan alat pertanian banyak  membantu
                    mencipta sistem menyukat berat dan          petani dalam kegiatan pertanian, khususnya
                    sukatan. Batu-bata yang dibina mengikut     penanaman padi. Masyarakat tamadun ini juga
                    ukuran saiz yang tepat. Kebolehan lain      terlibat dalam penciptaan benang sutera, mata
                    yang dimiliki oleh masyarakat ini ialah     wang syiling dan penciptaan kompas magnetik.
                    mencipta tembaga, gangsa dan timah.
                    Kemuncak  pencapaian  tamadun  ini
                    dapat dilihat melalui pembinaan bandar      Simbol
                    terancang di Mohenjo-Daro yang              purba
                    sistematik.                                 Aksara
                                                                moden
                                                               Perkembangan karektor tulisan China.




                    Bagaimanakah ciptaan alatan pertanian dapat meningkatkan tamadun manusia?


                 110
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123