Page 149 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 149
Perluasan Kuasa dalam Tamadun India
Kemunculan pelbagai kerajaan dalam Tamadun India menyebabkan wujudnya persaingan
antara kerajaan untuk memperluas kuasa masing-masing. Perluasan kuasa bermaksud usaha
yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan atau raja bagi menguasai dan memperluas pengaruh
di sesebuah kawasan atau usaha untuk mengatasi pihak lain. Pada permulaannya, perluasan
kuasa dilakukan secara fizikal. Namun begitu, cara perluasan kuasa ini telah berubah kepada
perluasan secara keagamaan demi memastikan kesejahteraan dan perdamaian wujud dalam
Tamadun India.
Faktor Perluasan Kuasa
Terdapat pelbagai faktor perluasan kuasa yang saling berkait. Faktor tersebut termasuklah
kekuatan ketenteraan, dasar pemerintahan, sumber manusia, diplomasi keagamaan dan
kewangan.
Kekuatan ketenteraan
Sesebuah kerajaan
perlu mempunyai Dasar pemerintahan
pasukan tentera yang Pemerintahan yang
kuat. Pasukan tentera diketuai oleh raja
juga digunakan untuk menentukan dasar
mempertahankan perluasan kuasa sesuatu
negara daripada kerajaan.
serangan musuh.
Kewangan
Setiap perluasan Faktor Sumber manusia
kuasa perlu mendapat Perluasan Sumber manusia yang
pembiayaan secukupnya Kuasa cukup, menjamin
daripada perbendaharaan sesebuah kerajaan
kerajaan. Tanpa kewangan ditadbir dengan baik
yang kukuh, usaha ini dan berkesan.
menghadapi kesukaran.
Diplomasi keagamaan
Pemerintah yang bijak tidak
hanya bergantung pada aspek
ketenteraan semata-mata.
Aspek keagamaan dan
kemanusiaan turut berperanan
dalam memperluas kuasa dan
pengaruh kerajaan.
141

