Page 150 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 150

Bentuk Perluasan Kuasa
                  Terdapat dua bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India, iaitu perluasan fizikal dan
                  perluasan keagamaan.

                  1. Fizikal

                  Perluasan fizikal bermakna perluasan kuasa yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan
                  menguasai wilayah-wilayah lain. Sebuah kerajaan mampu membentuk sebuah empayar
                  dengan menguasai kerajaan-kerajaan lain. Selain itu, perluasan kuasa dapat dilaksanakan
                  apabila sesebuah kerajaan mengakui taklukan dan akan mematuhi peraturan yang ditetapkan
                  oleh kerajaan yang menang dan lebih berkuasa.
                      Dalam aspek ini, kekuatan ketenteraan dan disiplin pasukan tentera merupakan syarat
                  yang paling penting. Selain itu, dasar yang diambil oleh seseorang raja menjadi faktor
                  perluasan kuasa ini dilaksanakan.
                      Dalam Tamadun India, perluasan fizikal dapat disaksikan dalam perkembangan Dinasti                    168


                                                                               46
                                                                                                100
                                                               Kulit
                  Nanda (345 SM – 321 SM), Dinasti Maurya (322 SM – 185 SM) dan Dinasti Gupta (320 M         145
                  – 550 M). Ketiga-tiga dinasti ini merupakan pemerintahan yang telah mencapai tahap tinggi
                  dalam perluasan kuasa ini. Gabungan antara kekuatan ketenteraan dan dasar pemerintah
                  membolehkan ketiga-tiga dinasti membentuk sebuah empayar yang luas di India.
                                                                              Ketika  zaman  Dinasti
                                                                    U       Nanda, perluasan kuasa                          180

                                                               viii            48               102          146
                                                                          dilakukan dengan kekuatan
                                    Mathura     Pataliputra               ketenteraan. Pasukan tentera
                                                                          zaman ini  mempunyai 20,000
                                                      Pundravardhana
                                        Vidisha                           kavalri, 200,000 infantri dan
                                                                          3,000 tentera bergajah.
                                                         TELUK
                                                                                                108
                                                                               65
                       TELUK                            BENGGALA 13           Empayar Nanda menganjur        147
                      CAMBAY                                              dari wilayah Bengal di sebelah
                                                                          timur India hingga ke Punjab
                                                                          di  sebelah  barat  serta  wilayah
                                                                          Deccan. Pataliputra (Patna
                                                                          hari ini) merupakan pusat
                                                  Petunjuk
                                                                            pemerintahan empayar ini.        161

                                                               13 IPIM         77               128
                                                           Dinasti Nanda
                  Peta Dinasti Nanda.
                  (Sumber: Farah dan Karls, World History Human Experience, New York: Glenceo,
                  1999, hlm. 212)


                         Glosari                               30              95               130          165
                    Dinasti: pemerintahan raja yang berasal daripada satu keturunan.
                    Empayar: wilayah yang luas yang berada di bawah satu pemerintahan.
                    Infantri: tentera berjalan kaki.                                   Tamadun
                    Kavalri: tentera berkuda.                                               India
                                                               30 YOU TUBE     98               142          167
                 142
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155