Page 155 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 155
U
Dinasti Qin digantikan oleh Dinasti
Han antara tahun 206 SM hingga tahun
220 M. Dinasti ini diasaskan oleh
Liu Bang yang kemudiannya memakai
gelaran Maharaja Gaozu. Dinasti ini CHINA
Loyang
membentuk empayar yang luas meliputi Chang’an
utara China, sempadan Vietnam di selatan
dan bahagian utara Korea di sebelah timur
serta Turkestan di bahagian barat. Dinasti
ini terbahagi kepada dua tahap, iaitu Han
Awal antara tahun 206 SM hingga tahun Petunjuk
8 M dan Han Akhir antara tahun 25 M Dinasti Han
hingga tahun 220 M. Ketika zaman Tembok Besar
Han Awal, pusat pemerintahan terletak
Peta Empayar Dinasti Han.
di Chang’an, manakala pada zaman (Sumber: Farah dan Karls, World History Human Experience, New York:
Han Akhir, pusat pemerintahan terletak Glenceo, 1999, hlm. 224)
di Loyang.
Dinasti Han telah menunjukkan peningkatan dalam bidang perdagangan melalui
pembukaan Laluan Sutera, bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika zaman
pemerintahan Maharaja Han Wu Di yang memerintah antara tahun
140 SM – 87 SM. Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan
yang terpanjang di dunia melibatkan China hingga empayar Rom.
Dinasti Han juga terkenal kerana melaksanakan sistem pemilihan
pegawai perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada
perkembangan dalam sistem pendidikan.
Tahukah Anda?
Ilustrasi Maharaja
Han Wu Di.
EMPAYAR U
168 ROM
Kulit 46 100 145
Konstantinople Dunhuang
Kashgar
Merv
Chang’an
Damsyik CHINA
PARSI
INDIA
viii 48 102 146 180 AFRIKA ARAB
Petunjuk
Laluan Sutera
Peta Laluan Sutera.
65 108 147
Tamadun
13 (Sumber: Farah dan Karls, World History Human Experience, New York: Glenceo, 1999, hlm. 223)
China
147
161
13 IPIM 77 128
130
30 95 165
142 167
30 YOU TUBE 98

