Page 47 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 47

Tahukah Anda?
                     Kecairan air batu pada peringkat akhir
                     Zaman Holosen menyebabkan terjadinya          Keluasan Pentas Sunda melebihi 3.2
                     sungai dan tasik di Asia Tenggara. Sungai     juta  kilometer persegi. Bentuk
                     yang terbentuk telah mengalirkan air          fizikal  tanah pamah ini berlaku pada
                     ke dalam tasik dan ke laut. Antara sungai     Zaman  Pleistosen yang mempunyai
                     terbesar termasuklah Sungai Sunda             paras air laut yang rendah. Pada ketika
                     Utara. Aliran sungai yang mengalir telah      itu, daratan boleh dilalui oleh manusia
                     menenggelamkan kawasan tanah rendah           dengan cara berjalan kaki.
                     di sepanjang tepi pantai. Perkembangan
                     ini mempengaruhi pembentukan Selat
                     Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa.
                                                                       Perubahan yang berlaku di kawasan
                                                                       Asia Tenggara pada Zaman Air Batu
                                                                       Akhir khususnya peringkat akhir
                                                              U
                                                                       Zaman Holosen memberikan kesan
                                                                       kepada bentuk fizikal dan hidupan
                                                                       di kawasan ini. Kawasan  Asia
                                                                       Tenggara telah dihuni oleh kumpulan
                                                                       mamalia bersaiz sederhana dan besar.
                                                                       Asia Tenggara merupakan kawasan
                        TELUK
                        SIAM                                           tumpuan mamalia kerana kawasan
                                                                       ini didiami oleh sebanyak 13 peratus
                                                                       mamalia dunia. Walau bagaimanapun,
                   SELAT MELAKA
                                                                       beberapa binatang seperti stegodon
                                                                       (gajah) dan pachycrocuta (hyena atau
                                                                       dubuk) bersaiz besar telah pupus.
                               LAUT JAWA



                    Peta menunjukkan rupa bentuk Asia Tenggara pada            Cerna Minda
                    hari ini.
                                                                         Nyatakan kesan kecairan air batu
                                                                         pada Zaman Akhir Holosen.






                                                           Pengetahuan tentang perubahan
                                                  dan sebab berlakunya Zaman Air Batu membantu
                                             meningkatkan pemahaman kita tentang perkara yang berlaku
                                               kepada bumi dan hidupan. Hal ini dapat memupuk sikap
                                                   sayang akan alam sekitar dan memelihara bumi.



                                                                                                        39
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52